Pelajaran
Pelajaran langkah demi langkah untuk memahami Matematik dengan lebih mudah
Tupai memecahkan setiap bab kepada langkah-langkah kecil supaya pelajar benar-benar memahami kaedahnya. Mereka boleh berlatih dengan contoh berpandu mengikut rentak sendiri dan bertanya bila-bila masa mereka buntu.

“Saya suka Tupai terangkan langkah demi langkah untuk jawapan dan soalan.”
Bina kefahaman, bukan hafalan
Faham 'kenapa' dahulu
Setiap topik baharu bermula dengan penerangan yang jelas dan contoh lengkap sebelum mereka mencuba walau satu soalan.
Belajar dengan membuat, bukan menonton
Tupai menunjukkan satu langkah, kemudian membiarkan anak anda menyelesaikan langkah seterusnya. Mereka hanya bergerak ke hadapan selepas membuktikan mereka benar-benar faham kaedahnya.
Tiada masa terbuang, tiada asas tertinggal
Langkau perkara yang sudah mereka kuasai. Jika sesuatu topik terasa terlalu sukar, Tupai akan kembali kepada asas terdahulu secara automatik.
Tanya soalan Matematik bila-bila masa
Buntu dengan soalan kerja sekolah atau ingin memahami sesuatu konsep? Dapatkan bantuan Matematik serta-merta pada skrin yang sama tanpa kehilangan kemajuan pelajaran.
Cara pelajaran berfungsi
- Lihat caranya. Tupai menerangkan satu idea pada satu masa dalam bahasa Inggeris atau BM yang jelas, dengan satu contoh lengkap dahulu.
- Ambil langkah seterusnya. Pelajar mencuba bahagian seterusnya sendiri, jadi mereka bukan sekadar menonton tetapi benar-benar berlatih.
- Petunjuk yang lembut. Tupai memberikan contoh tambahan menggunakan soalan yang sama sehingga mereka faham. Tupai bukan sekadar memberitahu mereka bahawa jawapan itu salah.
- Dah faham? Mereka mengumpul ganjaran apabila semakin memahami sesuatu topik. Kemajuan disimpan secara automatik supaya mereka boleh menyambung pembelajaran esok dari tempat mereka berhenti.
100% selaras dengan kurikulum sekolah
KSSR
Tahun 4–6
KSSM
Tingkatan 1–5
Cambridge IGCSE
Menengah rendah & atas