Seorang pelajar dan watak tupai menyelesaikan masalah Matematik bersama-sama

Kami mengubah semula maksud belajar Matematik

Sudah terlalu lama, belajar dianggap sebagai menghafal langkah-langkah demi lulus peperiksaan. Tupai menggunakan AI untuk mengutamakan pemahaman mendalam berbanding membuat latihan kosong, sekali gus memberikan bimbingan peribadi kepada setiap pelajar untuk benar-benar menguasai subjek tersebut.

“Tupai sangat membantu para pelajar, kerana kandungannya mengikut topik silibus dan mengandungi soalan peperiksaan percubaan negeri untuk latihan.”
Cikgu N.Ketua Panitia Matematik

Kami bertanya: “Bagaimana jika kita berhenti menguji dan mula mengajar?”

Kami membina Tupai berasaskan satu prinsip mudah iaitu kefahaman jauh lebih penting daripada sekadar membuat latihan. Kami tidak mahu membina satu lagi aplikasi kuiz. Kami mahu membina penyelesaian yang mengenal pasti punca pelajar buntu dan menjelaskannya dengan lebih jelas. Kami di sini untuk mengubah tabiat “menghafal tetapi tidak memahami” kepada mula faham dengan jelas.

Watak tupai membimbing seorang pelajar melalui sesuatu konsep

Kami bukan sekadar memberi jawapan. Kami membina kefahaman.

Ruang selamat untuk gagal

Rasa malu boleh menghalang keinginan untuk belajar. Bersama Tupai, tiada istilah soalan yang terlalu mudah; pelajar boleh bertanya apa sahaja tanpa rasa rendah diri dan belajar semula pada bila-bila masa dalam ruang yang selamat.

Pembelajaran dikuasakan komuniti

Pembelajaran akan jadi lebih bermakna apabila kita saling membantu. Melalui “Tupai & Friends”, kami gabungkan bimbingan pintar AI dengan interaksi sesama rakan, bagi membina satu komuniti pembelajaran yang sentiasa memberi motivasi untuk terus maju bersama.

Penguasaan mengatasi hafalan

Menghafal langkah kerja hanyalah jalan pintas untuk jangka pendek, tapi faham logiknya adalah kemahiran untuk seumur hidup. Fokus kami adalah pada detik ‘Aha!’—kami ajar konsep asas supaya pelajar mampu jawab apa jua bentuk soalan, bukan sekadar soalan yang mereka pernah lihat sebelum ini.

Seorang pelajar mengulang soalan latihan tanpa memahaminya

Masalah “Perangkap Latihan”

Selama bertahun-tahun, pelajar diberitahu bahawa rahsia Matematik adalah “banyakkan latihan.” Namun, latihan tidak berkesan jika mereka tidak memahami konsep itu dari awal.

Dalam kelas yang mempunyai 40 orang, pelajar sering terpaksa menghafal langkah yang tidak difahami semata-mata untuk tidak ketinggalan. Hasilnya? Mereka berlatih secara meluru, menjadi keliru, dan akhirnya berputus asa.

Dibina oleh pendidik, dikuasakan oleh jurutera

Kami adalah pasukan pendidik, peminat teknologi, dan individu yang bertekad untuk melakukan apa sahaja bagi membantu ibu bapa, guru, dan pelajar dalam skala yang besar.

Pasukan Tupai

Sertai kami dalam menangani masalah ini, sebiji kacang pada satu masa.

Ketahui lebih lanjut untuk jalinan kerjasama