Di tengah-tengah Belonland, melangkaui Hutan Whistleweed dan sedikit ke timur Pergunungan Gigglepuff, berdirilah sebuah sekolah awam yang kelihatan sangat biasa—kecuali ia sebenarnya tidak biasa langsung. Ini adalah Sekolah Rendah Puffridge, sebuah sekolah yang kakitangannya terdiri sepenuhnya daripada orang belon.
Ya, anda tidak salah baca. Orang belon.
Mereka bukanlah jenis belon yang anda ikat pada tali dan berikan kepada kanak-kanak di tapak pesta. Mereka adalah makhluk yang hidup, terapung, melantun perlahan-lahan, lut sinar dan berwarna-warni, dengan suara yang kecil dan nyaring serta wajah yang sangat ekspresif. Antara mereka ialah dua orang guru yang sangat berdedikasi: Heloon, belon berwarna biru diraja pekat yang sedikit condong ke kiri, dan Sheloon, belon lavender dengan ikatan reben yang entah bagaimana tidak pernah meletus, walau sepenuh mana pun dia mengembang.
Mereka adalah sahabat baik, walaupun mereka tidak akan pernah mengakuinya secara terang-terangan. Perkara itu mungkin akan menjadikan suasana agak canggung dira lantang. Bimbang nanti keadaan akan menjadi pelik di bilik guru.
"Nah," kata Sheloon pada suatu pagi, badannya berdenyut dengan tarikan nafas yang jelas kelihatan, "ambil satu lagi pam."
"Dah penuh," keluh Heloon, permukaannya tegang, berkilat, dan meregang di tempat-tempat yang dia sendiri tidak tahu boleh meregang.
"Boleh awak ambil satu lagi nafas?" tanya Sheloon, sambil mengimbangkan longgokan kerja rumah ketiganya pada lengannya yang kurus seperti tali.
Dengan berat hati, Heloon membongkok, dan dengan tarikan nafas yang perlahan dan nyaring—fwoooop—dia menyedut satu lagi nafas. Matanya terbeliak sedikit.
"Itu untuk Kelas 3Z," dia termengah-mengah. "Diorang dah mula pandai menyindir."
Isu utama tentang guru-guru belon di Belonland ialah setiap tugasan membuatkan mereka mengembang sedikit lagi. Membantu pelajar yang lemah? Tarik nafas. Tinggal lewat untuk menguruskan kelab drama? Tarik nafas. Meleraikan pergaduhan antara dua Glitterpops waktu rehat? Tarik nafas.
Dan jangan sebut tentang musim peperiksaan. Sesetengah belon menjadi sangat penuh sehingga anda boleh mendengar mereka berkeriut di sepanjang koridor sekolah seperti kereta api barang yang diperbuat daripada getah.
Kenyataan yang menyedihkan ialah, ada yang tidak dapat bertahan.
Cikgu guru-guru muda,yang baru tamat pengajian dari Universiti Belon (Ballooniversity), dengan permukaan yang masih licin dan belum terjejas, akan mengembang terlalu cepat.
Mereka datang dengan mata yang bersinar-sinar, menggenggam rancangan pengajaran yang penuh dengan idealisme dan harapan. Dalam masa beberapa minggu sahaja, mereka akan dipam penuh dan ditempatkan di Kelas 6R — kelas "Kental" (Resilients). Kanak-kanak yang paling sukar. Yang paling dilupakan. Yang paling memerlukan kasih sayang.
Mereka akan mengajar dengan penuh semangat. Tetapi terlalu cepat, dan terlalu penuh.
Pop. (Meletus).
Pada suatu petang, Heloon dan Sheloon terapung di dalam Bilik Rehat Guru (yang sebenarnya ialah almari tukang cuci yang diubah suai, dipenuhi tuala berbau lemon dan sebuah radio yang sentiasa memasang muzik jaz lif). Suasana ketika itu tegang.
"Cikgu Peep meletus hari ini," bisik Sheloon, hampir tidak sanggup memandang Heloon.
"Tidak..." Suara Heloon menggeletar. "Dia baru enam bulan di sini."
"Dia dah cuba sehabis baik. Dia ambil terlalu banyak tanggungjawab. Dia membimbing guru-guru baharu dan menguruskan koir belon..."
Mereka terapung dalam kesunyian. Radio jaz itu berdesir, kemudian bertukar menjadi bunyi statik. Sangat bertepatan dengan suasana.
"Tapi awak tahu apa yang dia cakap pada saya minggu lepas?" tanya Sheloon. Permukaannya bersinar, memantulkan cahaya berhabuk di dalam bilik itu.
“"Apa?"”
“"Dia berkata, 'Sheloon, kadang-kadang perkara terbaik yang boleh awak lakukan ialah jangan tarik nafas.' Tanpa sedar yang dia sendiri tidak dapat mengikut nasihatnya itu."
Heloon berkelip. "Jangan tarik nafas? Tapi itu... melanggar prinsip seorang guru!"
"Bukan," kata Sheloon, menghembus perlahan, "itu cara untuk terus hidup."
Jadi mereka pun mencuba. Mereka cuba untuk lebih banyak menghembus nafas. Apabila mereka pulang ke rumah—pangsapuri kecil betul-betul di atas Kedai Roti Frothmallow—mereka akan duduk dalam kesunyian, melepaskan udara perlahan-lahan, dengan selamat, dalam keluhan yang panjang. Pffffzzzzzzzzzz…
Heloon mula belajar mengait dengan jarum peniti. (Dia sangat, sangat berhati-hati.)
Sheloon pula mula menulis surat yang tidak akan pernah dihantarnya, ditujukan kepada dirinya pada masa lalu: "Kehadapan Sheloon Tahun Pertama, katakan TIDAK pada jawatankuasa kelima itu."
Dan ia membantu. Sedikit demi sedikit.
Pada suatu hari, mereka dipanggil ke Gimnasium Perasaan Besar. Pengetua Plumpkin berdiri di podium, badan belonnya mengembang pada tahap yang cukup untuk menunjukkan bahawa dia benar-benar telah mendengar aduan kakitangan.
"Kita sedang memandu uji sistem baharu," suaranya berbunyi nyaring. "Satu jam seminggu—masa yang dilindungi. Tiada mesyuarat. Tiada e-mel. Hanya... masa menghembus nafas.”
Kedengaran bunyi tarikan nafas terkejut bergema di sekitar gimnasium. Seorang guru pengsan (tetapi dia jatuh dengan sangat perlahan).
Sheloon dan Heloon berpandangan sesama sendiri, pipi mereka membulat membentuk senyuman kecil yang penuh harapan.
Berminggu-minggu berlalu. Masih ada yang meletus. Masih ada air mata. Tetapi ada juga ketawa. Tradisi baharu bermula. Heloon menganjurkan kelas "Yoga Ayunan Senyap" untuk belon yang terlalu tertekan. Sheloon mengajar kelas "Asas Tarik Nafas Terpilih 101."
Mereka mula melihat guru-guru baharu terapung sedikit lebih ringan.
Dan pada suatu hari Jumaat yang cerah, ketika loceng berbunyi dan langit bertukar menjadi warna jingga marmalade yang lembut, Heloon bertanya:
"Sudikah awak berjalan dengan saya ke Rabung Pelepasan?"
"Saya ingat awak takkan pernah tanya," Sheloon tersenyum lebar.
Mereka hanyut ke atas bukit, melepaskan keluhan yang panjang dan gembira ke udara, dan melihat berpuluh-puluh guru belon perlahan-lahan menyertai mereka.
Kesemua mereka melepaskan nafas. Sedikit sahaja. Bersama-sama.
Moral cerita ini ialah:
Belon yang terlalu penuh meletup.
Belon yang terlalu kosong jatuh.
Tetapi belon dengan ruang yang cukup untuk bernafas?
Itu belon boleh terapung sejauh berbatu-batu.
Jadi, pada masa akan datang apabila anda bertemu seorang guru, ingatlah:
Mungkin apa yang mereka benar-benar perlukan… adalah sedikit ruang untuk menghembus nafas.

