Belajar matematik memang mencabar. Kadangkala, formula, peraturan, dan jenis soalan terasa bercampur-aduk dan mengelirukan. Bagi kebanyakan pelajar, menghafal langkah kerja terasa lebih mudah daripada memahami "sebab" di sebalik sesuatu jalan pengiraan. Namun, hafalan jarang sekali kekal lama dalam ingatan.
Itulah sebabnya kami membina Tupai AI: sebuah platform pembelajaran berasaskan AI yang membantu pelajar benar-benar memahami matematik, berlatih dengan berkesan, dan membina keyakinan diri.
Bagaimanakah Tupai AI Menyokong Pembelajaran?
Tupai AI adalah sebuah tutor matematik interaktif berkuasa AI yang membantu pelajar beralih daripada sekadar menghafal langkah kepada memahami konsep secara mendalam. Ia mencerakinkan soalan langkah demi langkah, menyediakan penjelasan yang jelas, dan menyesuaikan bimbingan mengikut kekuatan serta kelemahan setiap pelajar.
Dengan mengutamakan pemahaman, memberikan bimbingan serta-merta, dan menyokong latihan peribadi yang konsisten, Tupai AI membantu pelajar membina kemahiran menyelesaikan masalah dan mengubah waktu belajar menjadi waktu pembelajaran yang bermakna.
Mengapa Pemahaman itu Penting
Hafalan mungkin membantu pelajar lulus ujian, tetapi bukan pemahaman membina keyakinan, daya ingatan, dan kemahiran berfikir.
Pelajar yang faham matematik mampu menghadapi soalan baharu tanpa rasa panik, mengekalkan ilmu dengan lebih lama, serta memupuk sifat ingin tahu.
Tupai fokus kepada “"sebab" di sebalik jawapan, supaya pelajar bukan sekadar menyelesaikan soalan hari ini, tetapi membina kemahiran untuk jangka masa panjang.

Tupai AI sedang aktif membantu pelajar memahami matematik dan membina keyakinan diri:
- 3,350 pelajar dan 193 ibu bapa telah mendaftar.
- Lebih 1,000 pelajar elah berlatih secara aktif di platform kami dengan lebih 1,000+ jam waktu pembelajaran.
- Pelajar telah menyelesaikan lebih 15,000 soalan, menunjukkan penglibatan dan latihan yang konsisten.
- Ada pelajar yang menunjukkan peningkatan luar biasa daripada Gagal kepada Gred B dalam masa beberapa bulan sahaja!
Angka-angka ini membuktikan bahawa pelajar bukan sekadar mendaftar masuk, tetapi mereka hadir secara konsisten, berlatih secara kerap, dan membina pemahaman dari hari ke hari.
Belajar Lebih Baik Bersama-sama
Pemahaman tidak selalunya datang ketika kita bersendirian. Selain Tupai AI, kami juga membangunkan Tupai & Friends-- sebuah komuniti pembelajaran rakan sebaya di mana pelajar belajar bersama, bebas bertanya soalan, dan menyedari bahawa mereka tidak sendirian dalam menghadapi cabaran. Kadangkala, penjelasan menjadi lebih jelas melalui perbincangan dan penyelesaian masalah secara kolektif.

